Khamis, 12 Jun 2008

BADAN MEMBESAR MACAM BERUANG

KISAH BENAR OLEH: UMIE SRIMAS
Wanita pertama menjadi Pakar Urut Tenaga Batin Untuk Lelaki

Bukan setakat baikpulih zakar, tetapi dalam masa yang sama Umee juga pernah merawat beberapa pesakit misteri yang datang ke kliniknya. Walaupun bidangnya hanya tertumpu pada urutan, namun sekiranya diminta merawat pesakit yang menderita penyakit misteri... dia tak pernah menolak.

Antara kes paling rumit yang pernah dikendalikannya ialah membabitkan seorang lelaki bernama Jalil (bukan nama sebenar) berusia 51 tahun dari Langkawi, Kedah. Sejak mula Jalil datang ke pusat rawatannya, Umee seperti dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu.

Difahamkan, sebelum ini tubuh Jalil telah dimasuki makhluk halus ketika dia jatuh dari motosikal di sebuah kawasan kuil. Sejak hari itu, dia begitu sukar untuk bergerak kerana merasakan ada sesuatu yang bergayut di tubuhnya.

TIPS MENGUATKAN ZAKAR

OLEH: UMIE SRIMAS
Wanita pertama menjadi Pakar Urut Tenaga Batin Untuk Lelaki

Setiap minggu, makanlah jamu atau telor ayam kampung bersama madu lebah yang dicampur dengan tongkat Ali atau ubat kuat yang lain. Selain itu, susu tepung juga merupakan minuman penting untuk menjaga kesihatan dan menguatkan tenaga batin.

Manakala buah-buahan pula membantu kita mengekalkan keseimbangan zat dalam tubuh. Kalau boleh, makanlah seberapa banyak yang mampu terutamanya buah-buahan tempatan.

Untuk stamina, setiap pagi amalkan berjalan sejauh satu kilometer untuk menguatkan pernafasan dan melancarkan darah. Sambil berjalan itu, salawatlah beberapa kali sebagai tanda syukur pada nikmat Allah.

Kes Zakar Besar

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Suatu Kesengsaraan Kepada Isteri!

Tuhan maha adil apaila dia bentukkan manusia dia bentukkan anggota kemaluan manusia sama padan.Faraj dibentuk sebagai acuan dan boleh menerima zakar berbagai bentuk dan saiz.

Sedangkan bayi yang begitu besar dapat keluar melalui faraj dan faraj boleh mengecil selepas itu, maka tidak hairan jika zakar yang kechil dapat diterima faraj dan sama juga dengan zakar yang besar, juga dapat diterima faraj.Satu pertiga bahagian luar faraj mempunyai rasa dan memandangkan faraj berukuran lebihkurang 12cm, jadi 4 cm sahaj yang dapat menekmati rasa sentuhan.Jadi zakar yang kechil sekechil 6 cm dapat memberi rangsangan kepada faraj! Dan wanita itu boleh klimaks.

Kes Zakar Patah!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Pernah terdengar tulang patah, mana pula benda tak bertulang boleh patah!

Kes zakar patah atau ‘fracture’ boleh berlaku dan jarang dilaporkan kerana jika ‘kepatahannya’ tidak ketara, tisu otot zakar boleh pulih. Zakar boleh patah jika ketika ianya erek padat, kena tindeh, misalnya lelaki yang tidur nyenyak yang secara tidak sengaja memusingkan badannya dan menindeh zakar yang erek dengan badannya! Zakar akan terkulai dan bengkak dengan ereksi masih kekal sedikit.

Khamis, 5 Jun 2008

Suka Menonton Video Lucah Buatan Sendiri!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Siapa tidak mahu jadi bintang filem dan lebih lebih lagi jika ada adengan seks yang menghairahkan itu.Semua orang akan rebut peluang ini dan bayarannya pun lumayan.Jadi tidak hairan jika terdapat setengah pasangan muda melakunkan adengan seks untuk dijual dipasaran gelap atau untuk tayangan sendiri.

Pasangan lelaki atau wanita yang suka menenguk dirinya dalam keadaan bogel dan terdedah dan dalam keadaan bersetubuh mempunyai perasaan 'Voyuerisme’iaiatu suka mengambil gambar orang bogel dan suka menenguk, ini juga termasuk gambar sendiri! Mereka juga mempunyai nafsu seks songsang ‘Exibitionisme’iaitu mencapai kepuasan seks dengan menayangkan tubuh badan yang bogel itu kepada sesiapa yang mudah terperanjat dengan pendedahan tersebut kerana ini juga memberi kepuasan batin untuk mereka yang melakukan perbuatan itu.

Beastiliti; Kepuasan seks dengan binatang!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Terdapat keadaan yang mana wanita yang kuat seks menyimpan kucing dan anjing dan tidak teragak agak mengunakan binatang itu untuk memuaskan hawa nafsunya yang sama saperti binatang itu.Dia akan dedahkan kemaluannya untuk membuatkan binatang tersebut menjilat( biasanya dia akan curahkan susu atau madu kepada anggota kemaluannya).Dengan rangsangan yang terhasil dari geselan lidah binatang yang keras dan bersisik itu,wanita itu akan dapat mengkecapi kepuasan yang tidak dapat diberi oleh pasangannya.

Pernah seorang suami berjumpa saya untuk masalah mati pucuk dan menjelaskan yang dia tidak dapat memberi kepuasan kepada isteri sekian lama dan suatu ketika dia terserempak isterinya mengacah anjing menjilat kemaluannya dan semenjak itu dia tidak lagi teragak agak untuk membuat keputusan mendapat rawatan doctor untuk masalah mati pucuknya.Semenjak masalahnya menjadi pulih,insiden isterinya dengan anjing kesayangannya tidak berlaku lagi!

Wanita hyperseks!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Terdapat isteri yang kuat seks yang kehendakkan rangsangan shaywat beberapa kali dari suami.Untuk permulaan suami akan sama sama rasa seronok.Tetapi lama kelamaan perasaan seronok bertukar menjadi penderitaan.

Suami yang perihatin kepada keperluan seks isteri akan mencuba sedaya upaya memberinya.Dia akan makan vitamin dan segala ubat perangsang dan kuat tenaga batin sebagai pendorong,tetapi dia akan tetap rasa kalah dan ini akan menimbulkan tekanan kepada dirinya. Apabila ini berlaku kehidupannya tidak tenteram dan secara tidak langsung akan mempengaruhi pekerjaannya secara negative.Mengikutnya lelaki tidak boleh menyerah kalah! Dia tidak sedar yang keadaan yang dialami isterinya itu bukan keadaan yang biasa.Isterinya itu mengalami masalah kuat seks.

Gejala Hyperseks ada penawar!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Kebiasaannya apabila suami sedar apa yang dilakukanya itu suatu penganaiyaan dan penderaan kepada isteri dia akan cuba memperbaikikan dirinya yang selama ini dia anggap isterinya terima kerana tidak pernah membantah!Jarang terdapat suami yang engkar nasihat dan bimbingan doctor kecuali suami itu sudah ketagih dengan perbuatan, amalan dan perilaku seks semenjak dia mengenali seks.

Jadi dia terbawa bawa amalan seks songsangnya kepada isteri dengan harapan isterinya boleh terima. Memang pada mulanya isteri terima dengan pujuk rayunya itu dan lama kelamaan isteri tidak tahan dengan karenahnya itu maka isteri membuat keputusan untuk mogok.Langsung kedua dua mereka berjumpa doktor.

Siapa tak saying isteri ,apabila suami sedar amalan dan perilaku seksnya kepada isteri itu tidak sesuai, malahan suatu penganaiyaan kepada isteri, dia akan mula insaf.Jika masalah hyperseksnya itu akibat peningkatan hormone testosterone, keadaan ini boleh diatasi dengan ubat yang dapat mengawal peningkatan hormone tersebut.

Hyperseks nafsu binatang

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Terdapat juga suami yang melepaskan hawa nafsunya kepada isteri dengan menambat isteri, memukul dan memaksanya melakukan seks luar tabii saperti liwat dan seks oral kerana masih belum puas.

Isteri yang sanggup mengabdikan dirnya kerana sayangkan suami dan anak akan melakukan apa sahaja yang diinginkan suami dan isteri yang tidak sanggup lagi berbuat demikian akan melarikan diri atau mendedahkan perkara tersebut kepada kaum keluarga atau pegawai agama.

Hyperseks tidak bertimbang rasa!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Terdapat juga suami yang masih meneruskan bersetubuh walaupun si isteri kedatangan haid. Walau pun dari segi perubatan tiada apa apa halangan kecuali penjagaan kebersihan, keadaan ini tidak sihat kerana hubungan tidak mesera dengan pendarahan haid dan bau darah haid yang kurang menyenangkan dan kurang romantis!

Malahan perbuatan ini boleh mengakibatkan tekanan mental dan emosi kepada isteri dan tidak hairan jika isteri lari dari rumah atau melaporkan perkara tersebut kepada pegawai agama!

Suami hyperseks

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI

Terdapat suami yang kuat seks dan tidak kira masa, pagi, tengah hari, petang dan malam, dia hendak melakukan hubungan seks.Isteri hanya berrehat ketika kedatangan haid dan jika haid panjang suami mula menjadi berang!

Isu Kuat Seks! Tekanan Kepada Pasangan!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Keperluan dan kehendak syahwat berbeza untuk lelaki dan perempuan tetapi kepada pasangan suami isteri yang perihatin tentang kehendak syahwat pasangan, keadaan boleh diubahsuaikan mengikut kemampuan kesihatan mereka berdua.

Jika keperluan seks satu pasangan itu keterlaluan, sudah tentu pasangan yang sukar untuk menunaikan kehendak pasangan yang mempunyai keperluan yang tinggi itu akan rasa tertekan dan lambat laun akan mogok dan suasana rumahtangga akan menjadi porak peranda akibat tiada tolak ansur dalam hubungan seksual!

Mati pucuk akibat kurang keyakinan diri!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Terdapat juga lelaki yang mampu mencapai ereksi dan kemudiannya gagal untuk mencapai ereksi kerana hilang kepercayaan diri atau keyakinan diri.Ini berlaku akibat kegagalannya untuk melakukan persetubuhan dengan isteri. Masalah sebenar ialah isteri yang tidak tahu memainkan peranan untuk memudahkan kemasukkan zakar kedalam faraj. Setiap kali dimencuba dia rasa macam ada benda menghalang dibahagian kemaluan isteri. Jadi atas sebab yang sedemikian yang berulangkali berlaku maka dia langsung tiada keyakinan diri dan langsung mengalami mati pucuk.Mati pucuk yang sedemikian juga dikenali sebagai mati pucuk sekunder sekunder!

Saya pernah mengendalikankes yang sedemikian.Lelaki itu berjumpa saya den memaklumkan yang dia gagal untuk melakukan persetubuhan semenjak berkhawin dan kini telah masuk bulan keenam perkhawinannya dan dai masih gagal untuk melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Kali kedua dia berjumpa saya, isterinya ikut bersama dan dari penjelasan mereka berdua ternyata yang masalahnya berpunca dengan isteri tidak memainkan peranan untuk memudahkan kemasukkan zakar kedalam faraj. Oleh kerana dia menganggap yang dia yang perlu memainkan peranan utama makan dia salahkan dirinya kerana tidak dapat memasukkan zakar kedalam faraj.

Setiap kali dia mencuba ejakulasi berlaku diluar faraj. Selepas penjelasan diberi kepada mereka berdua,barulah mereka sedar yang mereka berdua perlu berkerjasama untuk menjayakan hubungan seksual, bukan suami yang memikul tanggungjawab tersebut seorangan dan isteri buat tidak tahu!

Saya banyak mengendalikan kes saperti yang saya telah huraikan sebentar tadi dan sebilangan kes tersebut berjaya diselesaikan dan ada juga kes yang gagal untuk diselesaikan.Yang mustahak ialah untuk kedua dua pasangan mendapat bantuan bersama walau pun hanya satu pasangan sahaja yang mengalami masalah.Pasangan yang tidak mengalami masalah boleh dapat memahami dilemma pasangan yang bermasalah dan dia akan perihatin kepada dilema pasangannya dan akan terbuka hati untuk membantunya.

Masalah seksual masalah pasangan kelamin dan memerlukan kerjasama mereka berdua untuk menjayakan hubungan keintiman dengan sempurna dan saksama.

Lelaki Yang Lambat Klimaks

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Terdapat sebilangan lelaki yang lambat klimaks dan ini memberi tekanan
kepada pasangan wanita kerana wanita itu perlu melayan suami sehingga dia klimaks dan jika masih gagal klimaks suaminya akan kelihatan muram atau hilang mod. Sebilangan lelaki yang mengalami perkara ini tidak mahu membuat apa apa kerana dia abggap perkara ini suatau kebaikan untuk dirinya, tidak terlintas dalam fikirannya yang perkara ini menekankan isteri dan boleh menimbulkan sutuasi yang isterinya mungkin tidak akan mengelakkan diri untuk bersetubuh memandangkan perkara ini macam suatu penderaan kepadanya!

Saya pernah mengendalikan kes yang saperti yang dijelaskan tadi hanya yang berbedza ialah suami perihatin kepada isteri dan ingin klimaksnya dapat dipercepatkan. Lelaki itu secara kebetulan menghidap penyakit kencing manis dan kadangkala zakarnya tiada apa apa rasa.Selepas dia jaga makan dan mengambil ubat yang dapat menstabilkan urat saraf, dia dapat mencapai klimaks mengikut kehendaknya dan jarang dia gaggal dan pasangan isteri rasa lebih yakin dan selesa dalam persetubuhan!

Lelaki cepat klimaks!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Terdapat juga keadaan yang mana lelaki itu dapat mencapai ereksi,tetapi gagal untuk mengawal klimaks kerana belum sempat menyalurkan zakar yang erek itu kedalam faraj, dia langsung klimaks!Dia tidak dapat mengetahui peringkat praklimaks dan hanya sedar dia klimaks selalu apabila dia mendekatkan zakar kepada anggota kemaluan isteri.Jika air mani yang terkeluar itu berdekatan dengan pembukaan faraj dan jika meleleh masuk dibahagian kelengkang dan pembukaan faraj,tidak hairan jika siisteri itu boleh mengandung walaupun isteri masih dara!

Selagi masalah cepat klimaksnya tidak dapat dikawal selagi itu dia akan mengalami masalah untuk bersetubuh dengan pasangan dan selagi isteri mendiamkan diri selagi itu masalah seksnya akan tersembunyai kecuali jika isteri membuat aduan kepada khadi atau pegawai agama!

Maslah cepat klimaks seringkali berlaku kepada kebanyakkan lelaki pada peringkat awal persetubuhan ,tetapi lama kelamaan lelaki yang dapat mengawal pergerakkan zakar dalam faraj dan dapat mengawal tahap ereksi dapat mengatasi masalah tersebut dalam beberap bulan selepas perkhawinan.Sebilangan lagi masih mengalami masalah cepat klimaks yang berterusan dan ini yang meruncingkan lelaki itu apabila isteri mula merungut.

Saya banyak mengendalikan kes yang sedemikian dan teknik yang saya utarakan kepada klien saya ialah senaman kemutan,supaya dapat mengawal pergerakkan zakar kedalam faraj sambil mengawal sensasi zakar,ubat yang dapat meningkatkan daya kawalan dari ejakulasi cepat dan alat penahan ereksi yang diperbuat daripada getah asli yang digulungkan kepad zakar ketika zakar tegang padat untuk memberi rasa kurang selesa supaya zakar tidak dapat merasa perasaan sensasi yang seronok yang boleh mencetuskan klimaks.

Lagi pun alat penahan ereksi zakar dapat mengekalkan ereksi walaupun ejakulasi telah berlaku.Tidak ada satu kaedah yang boleh mengatasi masalah cepat klimaks dan mustahak untuk lelaki yang mengalami masalah cepat klimaks mengetahui bebrapa teknik dan rawatan yang boleh digunapakai untuk mengatasi masalah cepat klimaks.engurut dan menyapu ubat pedih atau yang memijarkan zakar boleh merosakkan kulit zakar dan memudaratkan kesihatan kemaluan lelaki dan isterinya (kerana faraj isteri akan terkena ubat pedis atau yang memijarkan zakar itu apabila zakar dimasukkan dkedalam faraj!)

Lelaki gagal untuk mencapai ereksi!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Terdapat juga lelaki yang tidak pernah mencapai ereksi secara spontan atau tidak pernah mengenali apa itu ereksi semenjak dia lahir! Sudah tentu keadaan ini lebih mencabar kerana dia tidak pernah mencapai ereksi, jadi macam mana hendak melakukan hubungan seks dengan pasangan! Lelaki ini mengalami masalah mati pucuk prima!Pasangan isteri akan rasa kekok berdampingan dengannya kerana dia tidak menunjukkan tanda tanda semulajadi rangsangan seksual yang biasa berlaku kepada lelaki yang terangsang,iaitu ereksi.Lambat laun hubungan suami isteri menjadi hambar dan mungkin kearus perceraian!

Saya pernah mengendalikan kes yang sedemikian suatu ketika dahulu. Lelaki yang saya periksa agak lembap dari segi mental tetapi pandai memainkan peranan sebagai suami yang penyayang.Perkhawinannya dengan isteri diuruskan oleh keluarga dan isterinya pilihan keluarga.

Selepas berkhawin selama dua tahun isteri mengadu kepada emak mertuanya yang suaminya tidak pernah melakukan persetubuhan zakar-faraj, hanya pegangan dan pelukan intim sahaja.Peraka ini telah diberi tahu bapa suami yang akhirnya bapa membuat temujanji dengan saya untuk mengendalikan masalah anaknya yang dia anggap mungkin mengalami mati pucuk. Mengikut isterinya, suaminya itu tidak pernah mencapai ereksi semasa bersentuhan badan tetapi semasa suami tidur ereksi spontan kerap berlaku!Setiap kali suami sedarkan diri ereksi tidak kelihatan lagi.

Jadi jelas yang lelaki itu tidak dapat menjayakan ereksi kerana dia tidak dapat mengaitkan ereksi dengan rangsangan seks. Mungkin dia tidak terangsang dengan perempuan! Pemeriksaan awal menunjukkan yang dia gemar permpuan dan kasih kepada isterinya dan apabila gambar gambar hubungan seksual antara lelaki dan perempuan dipaparkan kepadanya daia rasa pelik dan tidak pernag terlintas difikirannya tentang perkara persetubuhan sapert dalam gambit tersebut.

Selepas itu dia diberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk menjayakan ereksi dan mengekalkan ereksi dan mengunakan ereksi untuk bersetubuh.Pasangannya juga diberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk membantunya memasukkan zakar kedalam faraj. Bimbingan terperinci yang telah diketengahkan kepada pasangan tersebut akhirnya berjaya mengatasi masalah yang dialami lelaki itu dan kini pasangan itu telah pun ,menimang chayamata!

Lelaki yang gagal memainkan peranan untuk bersetubuh

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Lelaki yang jahil tentang seks tidak tahu yang dia memerlukan ereksi untuk menyalurkan zakar kedalam faraj pasangan.Untuk tujuan tersebut dia perlu mencapai ereksi dan ereksi perlu berada dalam keadaan kekal dan ketegangan yang sesuai untuk disalurkan kedalam faraj isteri.

Untuk menyalurkan zakar dalam faraj dia perlu mengeraskan zakar dengan mengemut atau mencengkamkan otot lantai pelvis (otot yang mengawal pembukaan lubang najis dan lubang kencing)supaya zakar erek padat dan mudah untuk disalurkan kedalam faraj melalui pembukaan faraj. Jadi perkara yang dianggap biasa menjadi luarbiasa dan dia akan terus gagal kerana tidak dapat memainkan peranan. Pada kebiasaannya lelaki yang sedemikian boleh mencapai ereksi secara spontan dan melalui ransangan seks, hanya dia tidak dapat mensesuaikan dirinya untuk menyalurkan zakarnya kedalam faraj pasangan,Untuk memasukkan zakar kedalam faraj, ereksi perlu kekal dan padat dan ini memerlukan cengkaman otot kemutan yang mana dia tidak dapat melakukannya kerana tidak dapat mengilhamkan cara yang menjadi suatu kebiasaan untuk lelaki lain.

Saya pernah mengendalikan kes yang sedemikian. Lelaki yang mengalami masalah tersebut rasa pelik apabila saya menjelaskan kepadanya yang dia perlu memadatkan ereksi ketika hendak menyalurkannya kedalam faraj isteri. Isteri lelaki itu arif tentang peranan yang harus dimainkan wanita ketika hebdak melakukan persetubuhan, tetapi dia tidak tahu apa peranan suaminya,kerana setiap kali suaminya mendekatkan zakar keparas faraj dan dia cuba membantu memasukkan ereksi kedalam faraj, ereksi menjadi kendur dan langsung hilang ketegangan!Lelaki itu pernah menjalani rawatan tradisional urutan yang amat menyakitkan tetapi tidak berkesan!

Apabila dia diberi tahu yang dia yang sepatutnya memadatkan ereeksi semasa hendak menyalurkan zakar kedalam faraj dengan mengemuykan otot lantai pelvic (Otot Kemutan) barulah dia sedar yang dia berkemampuan mengawal tahap dan kekukuhan ereksi dan bukan tukang urut!

Kes Zakar Gagal Menembusi Faraj Kerana Terdapat Penghalang!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Ini pula kisah satu pasangan yang telah berkahwin, tetapi semasa hendak melakukan persetubuhan si suami gagal menembusi faraj walaupun isteri telah memposisikan zakar keparas faraj dan melegakan kemutan. Isteri dapat rasa sesuatu yang menghalang kemasukkan zakar kerana dia dapat rasa seolah olah terdapat isi dalam ruang faraj! Jadi suami menjadi hampa dan kedua dua pasangan akan menghabiskan sentuhan intim diluar faraj!

Masalah timbul apabila isteri gagal untuk hamil dan terpaksa berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Ketika itu, barulah punca sebenarnya diketahui apabila doktor menjalankan pemeriksaan terhadap wanita itu. Penghalang yang dimaksudkan itu ialah cista dari faraj atau pangkal rahim yang panjang! Apabila cista itu dibedah buang atau pangkal rahim yang panjang itu dipendekkan, masalah penghalang akan selesai dan kehamilan boleh berlaku.

Untuk pengetahuan, saya kerap mengendalikan kes yang seperti ini. Ramai pasangan telah berjumpa saya untuk meminta memulihkan masalah kesuburan mereka. Dan ketika pemeriksaan rutin (ujian pap smear) dilakukan oleh jururawat, saya telah dipanggil untuk melihat kemaluan wanita itu yang mana kelihatan pangkal rahim yang agak panjang sehingga kelihatan dimuka pintu faraj. Wanita itu sememangnya sudah ttiada selaput dara lagi, tetapi dia mengalami masalah untuk melakukan persetubuhan dan suaminya kerap memberitahu ada sesuatu yang menghalang kemasukkan zakar!

Pembedahan untuk mengecilkan pangkal rahim terpaksa dilakukan dan kaedah ini sekaligus dapat memulihkan keadaan. Hasilnya, mereka dapat melakukan persetubuhan tanpa apa-apa halangan dan si isteri akhirnya hamil beberapa bulan selepas itu!

Belum lagi bersetubuh boleh mengandung!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Pelik tapi benar! Tahukah anda bahawa terdapat keadaan yang mana wanita yang jahil tentang seks boleh hamil walaupun zakar belum lagi dapat menembusi faraj. Ini sebenarnya boleh berlaku kerana air mani yang terkeluar ketika pasangan terangsang (semasa cuba untuk memasukkan ereksi kedalam faraj) dan air mani yang meleleh keluar memasuki faraj melalui pembukaan faraj. Walhal wanita itu masih dara!

Ketika hamil mungkin hubungan kelamin terhenti seketika dan selepas bersalin perkara yang sama berlaku kembali, wanita itu masih tidak dapat menyesuaikan diri untuk bersetubuh dengan pasangannya! Hubungan mereka akan menjadi hambar dan boleh mengugat rumahtangga. Dalam hal ini, maka tidak hairanlah jika suaminya meminta perpisahan apabila jelas yang dia tidak dapat menyesuaikan dirinya untuk melakukan persetubuhan kerana kejahilan tentang seks.

Bagi masalah sebegini, saya pernah mengendalikan beberapa kes yang mana antara satunya melibatkan pasangan yang baru berkhawin. Mereka berjumpa saya adalah untuk meminta menyelesaikan masalah kegagalan untuk melakukan persetubuhan.

Ketika itu, si isteri lewat datang haid dan ujian kehamilan positif walaupun wanita itu belum sempat melakukan hubungan penetratif. Mereka agak keliru bagaimana perkara ini boleh berlaku. Selepas mereka menjelaskan cara hubungan intim yang mereka lakukan barulah saya dapat jelaskan tentang bagaimana isteri boleh mengandung walaupun belum berlaku hubungan seksual penetratif.

Si suami biasa mengakhirkan adegan sentuhan intim kepada isterinya dengan memancut airmani dibahagian kelengkang isteri dan air mani itu dibiarkan meleleh. Ini yang mengakibatkan isteri mengandung apabila lelehan air mani berdekatan pembukaan faraj dan bercampur dengan air mazi wanita itu dan dengan kuasa Tuhan kehamilan berlaku!

Wanita tersebut selamat melahirkan anak lelaki dan telah dapat melakukan hubungan seksual penetratif dengan suami selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar tentang bagaimana hendak mengawal dan membuka faraj untuk memudahkan kemasukkan zakar kedalam faraj. Antara cara yang dipraktikkan ialah mengunakan zakar palsu untuk melatih faraj menerima zakar!

Gagal kerana tidak tahu memainkan peranan

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Pernahkah kita membayangkan bagaimanakah keadaan wanita yang tidak dapat mensesuaikan diri dengan pasangannya untuk melakukan hubungan seksual hanya disebabkan dia tidak tahu cara untuk memberi kerjasama kepada suami.

Apabila suami mula hendak menyalurkan ereksi, wanita itu tidat dapat memberi ruang untuk memudahkan kemasukkan ereksi suami kedalam faraj. Dia tiba tiba merasa kekuk, mengalami perasaan gemuruh dan rasa tidak selesa atau sakit jika pasangan menyondolkan ereksi kemaluannya yang dia cengkam atau tercengkam tanpa kawalannya (vaginismus).

Dia tidak tahu yang hubungan kelamin melibatkan kemasukkan ereksi kedalam faraj dan dia tidak tahu yang dia yang mengawal faraj dan bukan suaminya. Selain itu, dia juga sebenarnya perlu melegakan faraj ketika suami hendak menyalurkan zakar kedalam farajnya!

Ini kerana, selagi dia tidak diberi petunjuk atau caragaya tentang teknik persetubuhan sama ada dari suami yang arif atau mendapat bantuan kaunselor atau terpaksa berjumpa doctor sexologist, maka selagi itu dia tidak akan dapat menyempurnakan tanggungjawapnya.

Dia akan mendiamkan diri dan mungkin beranggapan yang suaminya tidak tahu atau gagal untuk melakukan persetubuhan kerana untuknya suami yang memainkan peranan penting dan dia hanya ikut sahaja kehendak suami (tetapi tanpa memahami yang dia juga perlu memainkan peranannya untuk menjayakan hubungan seksual dengan suami dengan memberi kemudahan kepada suami ketika suami hendak menyalurkan zakar yang erek itu kedalam faraj, dengan cara melegakan pembukaan faraj dan dengan tidak mencengkamkan faraj atau tidak kemut dan dia sendiri yang memasukkan zakar kedalam pembukaan faraj kerana dia yang mengawal farajnya dan bukan suami!)

Dalam hal ini, saya pernah mengendalikan sebanyak 7 hingga 8 kes seminggu berhubungkait dengan pasangan yang gagal untuk melakukan persetubuhan dan kes yang terpanjang yang gagal untuk bersetubuh ialah 13 tahun. Sebilangan besar dari kes tersebut berpunca daripada wanita yang gagal untuk memainkan peranan kerana perasaan seriau dan tidak tahu melegakan pembukaan faraj. Jadi setiapkali suami hendak memasukkan zakar kedalam faraj, cengkaman faraj yang berlaku adalah di luar kawalan isteri. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’.

Dengan beberapa kaedah rawatan yang diberi, wanita itu akhirnya dapat meningkatkan ketabahan diri dan dengan hati yang cekal dapat membantu suaminya menyalurkan ereksi suami kedalam faraj. Kini wanita itu telah hamil.

Gagal untuk Melakukan Hubungan Seks!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Bayangkan keadaan yang mana remaja yang tidak pernah terdedah kepada pengenalan seks mendapati dirinya kekurangan apabila masuk di alam kedewasaan, berkahwin dan kemudian tidak dapat menyempurnakan tanggungjawapnya dari segi hubungan seksual dengan pasangan.

Hubungan seksual dianggap sinonim dengan perkahwinan untuk pasangan yang telah berkahwin. Ini kerana, keluarga kepada kedua dua belah pihak akan beranggapan yang pasangan kelamin itu telah selamat melakukan persetubuhan. Tetapi perkara yang sepatutnya telah berlaku belum lagi berlaku kerana kedua-dua pasangan itu gagal untuk memainkan peranan masing-masing dan isteri masih lagi dara!

Rabu, 4 Jun 2008

Hernia punca sakit

DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby

Soalan

SAYA berusia 20 tahun dan rajin bersukan, tetapi setahun lalu saya didapati menghidap penyakit hernia dan meneruskan bersukan. Ereksi yang saya alami masih normal, tetapi akhir-akhir ini saya sering sakit perut dan sering keluar cairan jernih dari zakar ketika sakit.

ANDHIKA
Bandar Lampung, Indonesia

Jawapan

Penyakit hernia untuk lelaki yang paling biasa ialah kemasukan usus dalam kerandut buah zakar dan hernia ini dikenali sebagai ‘Inguinal hernia’.

Usus termasuk kerana ada pembukaan antara perut dan kerandut. Biasanya memang tiada apa apa permukaan sebegitu kerana kedua-dua tempat itu berasingan.

Oleh kerana ada satu gulungan usus masuk ke dalam kerandut, lama-kelamaan lebih banyak gulungan usus masuk dan menjadikan kerandut buah zakar kelihatan padat dan membesar sehingga buah zakar tertolak di belakang dan kelihatan terbenam.

Sudah tentu keadaan ini mengancam hubungan kelamin. Apa yang mustahak ialah gumpalan usus masuk ke dalam kerandut itu perlu dimasukkan semula ke dalam perut dan pembukaan yang tidak normal itu ditutup.

Cara paling berkesan ialah menjalani pembedahan pemulihan, bukan menggunakan alat penahan atau mengurut kerana kedua-dua ini boleh memudaratkan kesihatan lelaki itu jika usus terpulas dalam kerandut.

Jangan biarkan hernia begitu saja kerana lambat laun ia menjadi besar dan berkemungkinan terkandas di dalam kerandut. Cepat jumpa doktor untuk menjalani pembedahan pemulihan.

Sindrom zakar kecil

DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby

TIADA lelaki yang puas dengan saiz anggota sulit mereka. Jika perkara ini menjadi obses, mereka dianggap mengalami sindrom zakar kecil. Ini tidak bermakna zakar mereka kecil, ia hanya perasaan semata-mata.

Bagi mereka, apa-apa rawatan atau kaedah untuk membesarkan anggota sulit, mereka tidak puas dengan hasilnya. Kadangkala sindrom zakar kecil ini dipendam sesetengah lelaki dan satu ketika kemudian mereka mendapatkan rawatan secara senyap tanpa merujuk kepada pasangan.

Selepas itu, mereka kecewa apabila rawatan yang dijalani memberi kesan negatif kepada anggota sulit mereka. Ada kes lelaki menjalani suntikan silikon atau suntikan minyak cendana ke isi kulit zakar sehingga keseluruhan zakar dan kerandut bengkak dan mengeras.

Ada yang menggunakan pam vakum yang dibeli secara diam-diam dan menggunakannya sehingga kulit melecet, lebam dan memanjang sehingga terpaksa berkhatan sekali lagi!

Mengikut kajian terkini, saiz anggota sulit lelaki Asia dalam keadaan tidak menegang ialah antara lima hingga 10 sentimeter (sm) dengan ukur lilit tidak menegang antara lima hingga 10 sm. Namun ketika erek atau tegang dan kemut, ukur panjang antara 10 hingga 15 sm dan ukur lilit antara sembilan hingga 14 sm.

Kira-kira 10 peratus daripada zakar berukuran kurang atau lebih daripada itu. Gambar zakar yang ditayang di Internet memang betul, tapi tidak semua lelaki memiliki saiz sebegitu. Jika ada, mungkin pasangan wanita akan lari.

Mengenai faraj wanita Asia pula, saiz panjang antara enam hingga 10 sm dan luas 1sm. Bagaimanapun, faraj wanita berkemampuan mengembang dan meluas antara tiga hingga empat kali ganda dan ini dalam kawalan wanita itu.

Jadi, tidak hairan jika bola sebesar bola ragbi dapat disumbatkan ke dalam faraj dengan senang jika itu yang dikehendaki wanita itu.

Kajian unjuran antarabangsa yang dijalankan kepada wanita melaporkan, 85 peratus wanita menganggap saiz zakar tidak mustahak asalkan pasangan dapat memainkan peranan.

Perkara kedua yang menghantui lelaki apabila hendak berpasangan ialah soal daya tahanan ketika bersama pasangan. Cepat klimaks banyak kali dipertikaikan dan tidak hairan jika banyak lelaki inginkan tip untuk tahan lama.

Soal tahan lama, perkara itu relatif. Apa yang lama untuk anda mungkin dianggarkan cepat untuk pasangan atau sebaliknya. Apabila anda dan pasangan mula mengenali kemampuan masing-masing, keadaan menjadi lebih selesa, kecuali memang anda benar-benar cepat klimaks.

Secara am, jika anda dapat bertahan lebih kurang dua minit, itu sudah cukup walaupun hubungan seksual itu lebih dari itu, jika diambil kira aktiviti pemanasan atau ‘foreplay’.

Mungkin dengan cara tusukan, memang mudah pancut awal kerana tekanan penghujung zakar kepada pembukaan faraj. Jika gerakkan dilakukan di pangkal dengan ereksi dalam faraj, ia dapat bertahan lebih lama dan apabila hendak klimaks, baru lakukan tusukan.

Jangan khuatir sangat mengenainya, yang mustahak ialah kasih sayang dan kemesraan dan keterbukaan untuk membincang bersama jika ada masalah serta keterbukaan untuk mendapat rawatan moden dengan ubat doktor, bukan mendapat rawatan dari segala ‘pak karut’ dan beli ubat di kaki lima.

Kerap kencing

DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby

Soalan

SETIAP hari, apabila suami pulang daripada kerja, seluar dalamnya ada kesan air mani. Suami kata dia kerap membuang air kecil di pejabat. Adakah dengan kerap membuang air kecil, air mani boleh terkeluar dengan sendiri tanpa rangsangan?

ARA
Kuching, Sarawak

Jawapan


Air mani keluar ketika lelaki mencapai kemuncak syahwat, sama ada ketika bersama pasangan wanita atau ketika tidur apabila mimpi basah.

Cecair yang keluar selain itu bukan air mani, hanya cecair dari pundi salur kencing atau dari pundi cowper atau dari pundi prostat (ketika membuang air besar dan kebetulan najis keras).

Sebilangan lelaki mudah terangsang dan ketika itu mereka banyak menghasilkan lelehan dari salur kencing. Jika salur kencing mengalami keradangan akibat jangkitan misalnya, cecair kekuningan keluar. Cecair ini mengandungi cecair dan sel nanah.

Musykil sifilis

DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby

Soalan

BOLEHKAH penyakit kelamin seperti sifilis dirawat dan diubati? Adakah krim sapu untuk mengelak jangkitan kelamin.

BARI
Seri Kembangan
Selangor

Jawapan

Apabila kita bincang mengenai penyakit kelamin atau STD, kita perlu tahu penyakit itu dijangkiti daripada pasangan pembawa gejala penyakit akibat hubungan seksual.

Kadangkala pembawa jangkitan tidak sedar dia ada penyakit itu kerana tiada kesan padanya, tetapi apabila penerima terkena jangkitan, dia cepat mengalami kesan jangkitan dan masalah itu hanya diketahui apabila dirujuk kepada doktor.

STD yang biasa menjadi tanda tanya ialah sifilis dan jangkitan itu berlaku akibat kuman spiroketa atau kuman berbentuk seperti spiral dan ia hanya dapat dilihat melalui mikroskop pandang gelap.

Jangkitan bermula dengan kudis berdekatan anggota sulit dan membesar, keras tapi tidak sakit jika dipicit. Kudis itu boleh pulih tanpa berbuat apa-apa, tetapi kuman mula masuk ke dalam darah.

Jika jangkitan ketara, individu itu boleh kena jangkitan pada urat saraf dan kulit. Pengambilan ubat antibiotik yang biasa dimakan untuk penyakit biasa boleh mengawal jangkitan sifilis, tapi ia masih ada dalam darah dan boleh disebarkan jika melakukan hubungan seksual.

Cara mengesan sifilis ialah dengan ujian darah. Apabila ujian awal itu positif, ujian lebih spesifik dilakukan sebelum individu perlu menjalani rawatan dengan antibiotik yang sensitif kepada kuman itu.

Selepas mendapat rawatan sewajarnya, dalam tempoh sebulan, tahap jangkitan didapati menurun; menandakan ia terkawal.

Cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan penyakit kelamin ialah mengelak seks rambang. Kondom adalah sesuai, tapi adakalanya ia boleh bocor, terkoyak atau terlepas. Menyapu krim antibiotik tidak berkesan jika tahap antibiotik kurang.

Menyapu krim antibiotik atau ubat antiseptik sebelum bersetubuh adalah sia-sia.

Jika anda rasa anda mungkin terdedah kepada penyakit STD, elok jumpa doktor keluarga anda dan ujian darah adalah cara paling berkesan.

Jika ujian negatif, pemeriksaan susulan perlu dilakukan enam minggu kemudian tanpa melakukan seks rambang ketika menunggu untuk ujian susulan.

Ikut keturunan

DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby

MEMILIKI anggota seksual sempurna menjadi idaman semua lelaki. Jarang lelaki memiliki anggota seksual kecil atau cacat.

Jika ada, masalah ini memberi perasaan rendah diri dan sukar bergaul dengan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan wanita.

Sebilangan besar lelaki memiliki anggota seksual yang berfungsi normal, boleh mencapai kekerasan apabila terangsang dan berukuran biasa untuk lelaki Asia (panjang 9-14 sentimeter/sm dan ukur lilit 8-13sm) tetapi sebilangan mereka rasa tidak puas, lebih lagi yang bertubuh rendah dan inginkan alat kelamin lebih besar.

Mereka beranggapan, jika berbadan tinggi atau besar, ukuran zakar patut begitu! Sebenarnya bentuk, saiz, termasuk ukuran panjang dan ukur lilit zakardipengaruhi keturunan, bangsa dan baka.

Anggota seksual lelaki jika kerap digunakan akan kelihatan mantap. Tinjauan beberapa peninjau seks dan wanita menyatakan, zakar kelihatan mantap dan ‘besar’ jika kerap digunakan. Sebaliknya, jika lama tidak digunakan, ia kelihatan kecil dan kecut.

Tidak salah untuk membelai anggota sulit dengan krim dan sentuhan ringan sekali sekala untuk kesejahteraan anggota itu, tetapi elak beronani kerana khuatir menjadi ketagih dengan perbuatan itu dan mengakibatkan masalah lain.

Menyapu anggota seksual dengan minyak tertentu seperti minyak lintah atau minyak dhab bukan cara untuk membesarkan anggota seksual.

Losyen mengandungi herba tertentu, termasuk ekstrak ikan belacak, dapat membantu memantapkan anggota sulit sekadar strukturnya dan tidak dapat menambah saiz.

Sama juga dengan alat pam vakum yang pernah satu ketika dulu digunakan untuk menambah saiz. Apa berlaku, ia cuma meningkatkan saiz untuk sementara waktu. Hanya kulit zakar kelihatan panjang dan gelap hasil cara itu.

Begitu juga herba atau ubat yang dipaparkan dalam Internet. Semuanya mengarut dan yang panjang ialah bebanan hutang dan kerugian duit!

Alat penarik otot dan tisu anggota seksual lelaki iaitu Penis Exterder Device seperti alat andropenis ialah alat ‘penile extender’ yang dapat menambah saiz zakar antara 2-5sm jika dipakai antara empat dan enam bulan.

Alat ini dikaji tiga tahun dulu dan didapati berkesan untuk menambah saiz dan juga membantu meluruskan zakar bengkok (pengalaman kajian tempatan ke atas lebih 100 kes keberkesanannya 99 peratus baik untuk tambah saiz atau meluruskan zakar bengkok — www.andromedical.com)

Enggan kongsi kasih

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Soalan

SAYA wanita berusia 50 tahun, berkahwin pada 1981 dan ada lima anak — tiga bekerja dan dua bersekolah. Walaupun suami mengabaikan tanggungjawabnya, kami mampu hidup sederhana dengan pendapatan saya sebagai pencuci tandas untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Awal bulan lalu saya menerima berita mengejutkan, iaitu suami berkahwin lagi satu dengan wanita dari seberang. Apabila saya bertanya, dia mengaku dan meminta maaf. Pada saat itu juga, cinta dan kasih yang dibina selama 27 tahun musnah sekelip mata.

Walaupun saya memaafkan suami, hati saya sudah tertutup untuk hidup bersamanya lagi. Segala pengorbanan selama ini terasa sia-sia dan dibalas dengan memberi seorang madu.

Saya menyuruh suami membuat pilihan kerana saya tidak sanggup berkongsi kasih. Lagi pun, dia tidak mampu menanggung dua isteri dengan pendapatannya yang hanya RM800 sebulan.

Saya tidak mahu nanti akhirnya saya pula terpaksa memberi wang padanya, sedangkan pendapatan saya hanya cukup untuk menyekolahkan anak dan makan pakai secara sederhana. Apa perlu saya lakukan?

B
Pulau Pinang

Jawapan

Islam mengharuskan poligami berlandaskan keperluan fitrah dan kehendak hidup. Bagaimanapun, bagi menjamin berlakunya keadilan, Islam menetapkan syarat seperti adil dan tiada kemudaratan dalam perkahwinan itu.

Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dulu.

Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah akan menimbang sama ada suami layak berpoligami berdasarkan patut, perlu dan mampu menanggung serta adil dan tidak membawa kemudaratan. Dalam hal ini, puan boleh membawa ke muka pengadilan untuk ditentukan mahkamah. Jika tidak, puan boleh berbincang secara baik dengan suami supaya dapat dilepaskan secara baik.

Status anak angkat kekal

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Soalan

BEBERAPA tahun lalu saya mengambil seorang anak angkat lelaki. Ketika umurnya tiga tahun, saya menukar nama ibu bapa kandungnya kepada nama ibu dan bapa angkat sekarang (saya dan suami).

Ada orang mengatakan tidak boleh, tetapi ada yang kata boleh jika nama anak berkenaan disambung terus dengan nama bapa angkat tanpa meletakkan bin atau binti (menjadi sebahagian daripada namanya).

Apakah tindakan saya salah? Jika ya, apa harus saya lakukan? Bagaimana dengan solat dan amalan yang saya lakukan selama ini? Adakah dosa saya akan diampunkan Tuhan?

INSAN KEBINGUNGAN
Seremban

Jawapan

Status anak angkat sampai bila-bila tidak akan menjadi anak sendiri. Islam melarang perbuatan menukar nama bapa sendiri kepada nama bapa angkat.

Anak angkat perlu tahu kedudukan dia yang sebenar kerana ia membabitkan soal harta, aurat, wali dan sebagainya.

Jika melakukan kesalahan kerana kejahilan mengenai hukumnya sebelumnya segera memohon ampun dan membetulkan keadaan. Insya-Allah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Cari orang yang terbaik untuk susukan anak

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Soalan

BOLEH Datuk terangkan mengenai anak susuan? Adakah ahli keluarga terdekat seperti kakak (yang sudah berkahwin) boleh menyusukan adik sendiri, terutama apabila ibu menghidap penyakit? Bilakah penyusuan ini (contohnya antara kakak dengan adik) perlu dihentikan? Adakah ia terhad kepada beberapa penyusuan saja?

ZIY
Johor Bahru, Johor

Jawapan

Susu ibu yang terbaik diberikan pada anak. Oleh itu bonda Rasulullah SAW menghantar baginda kepada Halimah Saadiah untuk disusukan. Carilah orang yang akhlaknya baik untuk menyusukan anak kerana ia mempengaruhi akhlak anak berkenaan. Jika kakak boleh bantu, tidak menjadi masalah untuk dia berbuat demikian. Penyusuan sehingga lima kali kenyang akan menjadikan anak susuan.

Mukadimah zina haram

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Soalan

SAYA berumur 31 tahun dan masih bujang. Awal tahun ini saya berkenalan dengan seorang lelaki dan kini mulai sayang padanya.

Dalam perkenalan ini kami pernah ‘bermesra’, tetapi tidak sampai melakukan ‘perkara’ itu. Setiap kali diajak untuk ‘ringan-ringan’, saya menolak dengan baik.

Saya takut mengenangkan segala kemungkinan yang berlaku jika terus berkawan dengannya. Kini saya mendekatkan diri dengan agama dan berasa sangat berdosa. Sekarang saya berasa lebih tenteram dan tenang.

Yang menghantui saya ialah, adakah Allah akan mengampuni dosa saya? Adakah jodoh saya lambat kerana perbuatan itu? Jika mengikut gerak hati, saya rasa akan bertemu jodoh juga. Bolehkah saya mengikut gerak hati? Bolehkah saya bertemu jodoh dengan orang yang boleh membimbing saya?

Anne
Kuala Lumpur

Jawapan

Zina perbuatan haram dan dosa besar, mukadimah zina dan perbuatan yang boleh menyumbang pada zina juga diharamkan.

Jika sudah melakukan dosa, hendaklah segera memohon ampun dan bertaubat. Hadis Rasulullah SAW menyebut bahawa ‘sebaik-baik orang berdosa ialah yang bertaubat’.

Ertinya, baginda menggalakkan orang yang melakukan kesalahan segera memohon ampun. Jika memohon ampun daripada Allah, kita hendaklah yakin Allah Maha Pengampun dan Maha mengasihani pada hamba-Nya.

Jodoh termasuk sebahagian daripada rezeki Allah. Berdoa pada Allah dan berusaha semoga Allah mempercepatkan jodoh saudari.

Alasan solat jamak, qasar

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Soalan

BARU-BARU ini saya mendengar temubual seorang pensyarah agama di radio. Menurut pensyarah sebuah institusi pengajian Islam itu, umat Islam boleh mengerjakan sembahyang jamak di luar waktu musafir.

Perkara ini turut diamalkan ketika zaman Rasullullah dulu tanpa sebarang sebab tertentu. Malah, ia juga diamalkan beberapa sahabat Rasulullah.

Dalam temuramah itu pensyarah berkenaan berkata, seseorang itu dibolehkan solat jamak dalam keadaan tertentu seperti mesyuarat yang terlalu lama (dari Zuhur hingga Maghrib), peniaga pasar malam (kerana pada Maghrib dan Isyak adalah waktu puncak dan paling ramai pelanggan) atau tuan rumah yang mengadakan kenduri kahwin, asalkan ia tidak dilakukan selalu atau dijadikan kebiasaan.

Bahkan, orang yang pergi ke pesta buku (dengan tujuan mencari ilmu) juga dibenarkan solat jamak walaupun di tempat berkenaan disediakan surau.

Persoalannya, bagi peniaga pasar malam, mereka bukan berniaga hanya sehari dalam seminggu tetapi boleh dikatakan setiap hari di lokasi berbeza. Adakah mereka boleh melakukan jamak setiap hari?

Bahkan pensyarah berkenaan menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang membolehkan perkara ini dan kita tidak seharusnya terlalu ‘rigid’ dengan mazhab Syafie saja. Katanya, kita sepatutnya turut mengaplikasikan mazhab lain dalam soal memudahkan solat.

Beliau berkata, ia bukan pendapat sendiri tetapi bersandarkan hadis dan sejarah Islam. Malah, bukan untuk memperlecehkan solat, sebaliknya memudahkan umat Islam menunaikan solat yang secara tidak langsung meningkatkan kesedaran kepentingan solat.Apa pandangan Datuk dalam soal ini? Apakah hadis yang membolehkannya?

Hafidz
Shah Alam, Selangor

Jawapan

Islam agama mudah, tetapi tidak boleh dipermudahkan. Islam memudahkan seseorang itu bersolat dengan menjadikan waktu solat yang panjang iaitu istilahnya ‘muwasak’, bahkan jika tidak mampu kerana uzur dan sebagainya boleh duduk sehingga berbaring.

Bagaimanapun, jangan kita mempermainkan agama dengan mencipta sendiri alasan lain. Alasan yang disebutkan seperti mesyuarat panjang, berniaga dan kenduri bukan alasan yang mengharuskan solat jamak dan qasar.

Rujuk kembali pada asal usul solat ini disyariatkan dan tiada seumpamanya disebutkan.

Dalam masalah ibadat, kita tidak boleh mengubah apa-apa yang disyariatkan. Berbeza dalam hal selain ibadat, masih ada ruang untuk ijtihad.

Bantuan untuk saudara baru

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Soalan

DALAM ruangan Dang Setia Metro Ahad keluaran 30 Mac lalu, saya membaca kisah sedih mengenai seorang mualaf yang kembali ke agama asal selepas menjalani hidup yang penuh seksa, termasuk mendapat layanan buruk masyarakat Islam dan pegawai di jabatan agama.

Dalam suratnya, beliau bercerita mengenai kisah memalukan apabila ada orang kampung mempersoal hasratnya memeluk Islam hanya kerana dia makan daging babi, sedangkan bagi orang bukan Islam tiada halangan untuk makan apa yang diingini.

Malah, saya sedih dan geram membaca aduannya mengenai pegawai jabatan agama menuduh mualaf tidak mahu berusaha, sebaliknya hanya mengharapkan bantuan kewangan.

Saya pernah membaca bahawa saudara baru memang layak dan berhak mendapat bantuan kewangan tanpa mengira status ekonomi mereka sebelum memeluk Islam.

Saya ingin tahu, jika mereka berhak, mengapa perkara seperti itu terjadi? Apakah fungsi sebenar bantuan kewangan itu dan berapa lama ia diberi?

Adakah jabatan agama menentukan tempoh itu atau ia dibuat berdasarkan kedudukan kewangan seseorang saudara baru?

Saya harap masalah ini dapat dijelaskan supaya perkara menyedihkan itu tidak berulang lagi.

ASZ
Kuala Lumpur

Jawapan

Islam agama yang dianuti kerana keindahannya dan kebenarannya. Justeru, tiada paksaan dalam menganutnya.

Seseorang yang ingin memeluk Islam sebaik-baiknya menilai Islam daripada intipatinya, bukan penganutnya kerana tidak dapat dinafikan ada yang tidak baik.

Kereta yang baik tidak boleh dinafikan kebaikannya hanya kerana pemandunya cuai. Saudara baru layak diberi bantuan kerana mereka, termasuk dalam asnaf yang layak menerima bantuan dan zakat.

Selama mana bantuan diberi bergantung pada keadaannya. Namun, kita harap mereka tidak mengambil kesempatan. Umat Islam juga wajib membantu saudara bantu untuk menghayati Islam itu sendiri.

Sukar hafal al-Quran

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Soalan

SAYA berusia 36 tahun, sudah berkahwin dan ada tiga anak. Selepas berumur 30-an, saya dapati agak sukar untuk menghafal surah pendek berbanding ketika bersekolah dulu. Apakah cara terbaik yang membolehkan kita menghafal surah pendek al-Quran dengan lebih baik?

ANA
Johor

Jawapan

Al-Quran adalah kalimah Allah yang penuh mukjizat. Membacanya, menghafal dan memahami untuk melaksanakannya sangat dituntut. Bila usia semakin meningkat, memang sukar untuk menghafal.

Namun jika selalu membaca dan memahami tafsiran serta menjaga makan minum, insya-Allah akan dipermudahkan menghafal al-Quran. Rasulullah SAW pernah menyifatkan al-Quran seperti ‘seekor unta yang akan lepas tali’, ertinya dia mudah hilang atau lepas lari jika tidak dipelihara dengan menghafal dan membaca berulang kali.

Si jahil permain hukum

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Soalan

BANYAK kali saya membaca kenyataan orang yang terbabit dalam dunia hiburan supaya masyarakat tidak mempersoal tindakan mereka bergaya dan berpakaian seksi walaupun tahu ia dilarang dalam agama.

Lebih sedih, ada yang berkata ia (bentuk badan cantik) anugerah Tuhan yang patut dibanggakan dan kerana itu ia seolah-olah menjadi lesen untuk ditunjukkan kepada seluruh masyarakat sementara usia masih muda.

Mungkin mereka tidak sedar teguran masyarakat timbul daripada rasa kurang senang dan kasih sesama manusia, terutama saudara seagama, supaya golongan itu tidak terlalu jauh tersimpang daripada peraturan yang ditetapkan agama.

Ada juga tidak segan silu berkata usah persoalkan isu dan hukum agama dalam tindak tanduk kehidupan dan cara mereka cari makan.
Apa yang dikhuatiri ialah, tindakan ‘public figure’ seperti mereka boleh mempengaruhi golongan muda, terutama yang menjadikan artis sebagai idola. Apa pendapat Datuk dalam perkara ini?

HILL
Kuantan, Pahang

Jawapan

Hadis Rasulullah SAW menyebut: “Barang siapa membuat contoh baik, dia mendapat pahalanya dan juga mendapat pahala orang yang mengikutnya sedikitpun tidak akan dikurangkan, begitulah juga orang yang buat contoh buruk akan mendapat dosa dan menanggung juga dosa orang yang mengikutnya sedikit pun tidak dikurangkan dosa itu.”

Jika menjadi idola dan ikutan, mereka harus berhati-hati supaya tidak sama memikul dosa contoh tidak baik. Yang baik itu jelas dan yang buruk itu juga jelas.

Dengan anugerah akal yang diberi Allah, Nabi Muhammad SAW memberi panduan: “Jangan menjadi pak turut yang mengikut tanpa ilmu. Jika orang membuat baik, ikutlah dan jika orang membuat keburukan, jauhilah.”

Akad jual beli

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB
bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Soalan

SAYA membaca bahawa rukun jual beli ada tiga, iaitu ada penjual dan pembeli, barang dan akad. Bagaimanapun kebanyakan orang, termasuk saya, jarang menyebut akad pembelian. Saya ingin tahu, adakah sah urusan jual beli tanpa menyebut akad berkenaan? Adakah barang, terutama barang makanan, halal dimakan jika tidak menyebut akad jual beli?

MAN
Klang

Jawapan

Memang benar jual beli mempunyai tiga rukun yang disebutkan, iaitu penjual dan pembeli yang sihat akal, barang yang harus diniagakan dan ijab kabul. Jual beli hukumnya harus dan ia manifestasi penukaran harta berdasarkan rela dan kesepakatan.

Ijab adalah perkataan penjual untuk melepaskan barangnya dan kabul pula ucapan pembeli tanda menerima. Ijab kabul adalah manifestasi keredaan dan kerelaan kedua-dua pihak. Ia tidak merlukan pernyataan khusus.

Ia mungkin berlaku melalui pernyataan kata-kata atau tulisan atau keredaan kedua-dua pihak. Hadis Rsulullah SAW menyatakan: “Sesungguhnya jual beli itu sah jika suka sama suka.”

Begitu juga hadis lain yang menyebut: “Dua orang yang melakukan jual beli boleh memilih meneruskan jual beli atau tidak jika kedua-duanya belum berpisah daripada tempat akad.” Semua ini menyatakan jual beli adalah sah, halal melalui keredaan kedua-dua pihak.