Khamis, 12 Jun 2008

Kes Zakar Besar

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Suatu Kesengsaraan Kepada Isteri!

Tuhan maha adil apaila dia bentukkan manusia dia bentukkan anggota kemaluan manusia sama padan.Faraj dibentuk sebagai acuan dan boleh menerima zakar berbagai bentuk dan saiz.

Sedangkan bayi yang begitu besar dapat keluar melalui faraj dan faraj boleh mengecil selepas itu, maka tidak hairan jika zakar yang kechil dapat diterima faraj dan sama juga dengan zakar yang besar, juga dapat diterima faraj.Satu pertiga bahagian luar faraj mempunyai rasa dan memandangkan faraj berukuran lebihkurang 12cm, jadi 4 cm sahaj yang dapat menekmati rasa sentuhan.Jadi zakar yang kechil sekechil 6 cm dapat memberi rangsangan kepada faraj! Dan wanita itu boleh klimaks.




Saya pernah mengendalikan kes yang mana lelaki yang mempunyai zakar yang besar tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana faraj isteri terlalu sempit! Selepas bimbingan baru wanita itu tahu hikmah farajnya yang dalam kuasanya dan boleh membesar dan mengechil mengikut kehendaknya.

Selepas itu dia tidak rasa takut uantu bersetubuh dan malahan dapat menekmati klimaks tanpa kesakitan.

Saya pernah juga mengendalikan kes pasangan kelamin yang mengalami masalah kesuburan dan secara kebetulan semasa menjalankan pemeriksaan kepada lelaki itu saya dapati zakarnya berukuran kechil, 3cm. Zakar yang sedemikian dikenali sebagai ‘micro penis’ dan mengikut isterinya isteri rasa puas dan tidak pernah terlintas dalam fikirannya menginginkan zakar yang lebih besar!


.