Khamis, 12 Jun 2008

Kes Zakar Patah!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Pernah terdengar tulang patah, mana pula benda tak bertulang boleh patah!

Kes zakar patah atau ‘fracture’ boleh berlaku dan jarang dilaporkan kerana jika ‘kepatahannya’ tidak ketara, tisu otot zakar boleh pulih. Zakar boleh patah jika ketika ianya erek padat, kena tindeh, misalnya lelaki yang tidur nyenyak yang secara tidak sengaja memusingkan badannya dan menindeh zakar yang erek dengan badannya! Zakar akan terkulai dan bengkak dengan ereksi masih kekal sedikit.




Kebiasaannya jika didemah dengan ais, kebengkakan akan susut dan dalam seminggu, keadaan akan menjadi biasa. Jarang zakar yang patah dibedah kecuali jika terdapat darah beku dalam otot.

Terdengar juga yang zakar boleh patah jika semasa sedang melakukan hubungan seksual, zakar terbengkuk dengan kuat. Pernah terdengar kononnya hubungan kelamin dengan isteri diatas boleh mengakibatkan zakar patah!

Ini tidak benar kerana zakar yang erek padat boleh terkulai patah pada bila bila masa jika tertendeh benda berat atau tebengkuk ketika bersetubuh. Perkara yang dinyatakan tadi jarang berlaku.


.