Khamis, 5 Jun 2008

Suka Menonton Video Lucah Buatan Sendiri!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Siapa tidak mahu jadi bintang filem dan lebih lebih lagi jika ada adengan seks yang menghairahkan itu.Semua orang akan rebut peluang ini dan bayarannya pun lumayan.Jadi tidak hairan jika terdapat setengah pasangan muda melakunkan adengan seks untuk dijual dipasaran gelap atau untuk tayangan sendiri.

Pasangan lelaki atau wanita yang suka menenguk dirinya dalam keadaan bogel dan terdedah dan dalam keadaan bersetubuh mempunyai perasaan 'Voyuerisme’iaiatu suka mengambil gambar orang bogel dan suka menenguk, ini juga termasuk gambar sendiri! Mereka juga mempunyai nafsu seks songsang ‘Exibitionisme’iaitu mencapai kepuasan seks dengan menayangkan tubuh badan yang bogel itu kepada sesiapa yang mudah terperanjat dengan pendedahan tersebut kerana ini juga memberi kepuasan batin untuk mereka yang melakukan perbuatan itu.




Yang khuatir ialah apabila gambar simpanan itu terdedah dan sampai kepada orang luar keadaan akan menjadi huruhara kerana mereka akan rasa diri mereka terdedah dan memusnagkan maruah.

Jika ada kebaikan tentang apa yang dilakukan pasangan tersebut ianya ialah untuk memberi kepuasan batin kepada mereka dan mereka mungkin akan menjadi lebih rapat apabila mereka menonton adengan seks yang mereka pernah melakukan bersama untuk memberi kesedaran tentang betapa mesera dan bahagia mereka berada ketika itu.Tetapi risikonya tinggi dan melibatkan maruah diri.Mana mahu letak muka apabila gambar seks sendiri terdedah untuk tayangan orang ramai dan mungkin sahabat handai dan anak pinak! Jangan buat kerja yang bodoh ini!