Khamis, 5 Jun 2008

Wanita hyperseks!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Terdapat isteri yang kuat seks yang kehendakkan rangsangan shaywat beberapa kali dari suami.Untuk permulaan suami akan sama sama rasa seronok.Tetapi lama kelamaan perasaan seronok bertukar menjadi penderitaan.

Suami yang perihatin kepada keperluan seks isteri akan mencuba sedaya upaya memberinya.Dia akan makan vitamin dan segala ubat perangsang dan kuat tenaga batin sebagai pendorong,tetapi dia akan tetap rasa kalah dan ini akan menimbulkan tekanan kepada dirinya. Apabila ini berlaku kehidupannya tidak tenteram dan secara tidak langsung akan mempengaruhi pekerjaannya secara negative.Mengikutnya lelaki tidak boleh menyerah kalah! Dia tidak sedar yang keadaan yang dialami isterinya itu bukan keadaan yang biasa.Isterinya itu mengalami masalah kuat seks.




Jika si isteri itu tahu yang dia mengalami masalah kuat seks dan secara tidak langsung mendera suaminya, isteri tidak akan meneruskan perilakunya yang luarbiasa itu. Isteri mana yang tidak sayangkan suami!

Dengan pendedahan dari doktor dan bimbingan yang diterima oleh wanita yang kuat seksitu,dia akan dapat mengatasi perilaku seks luarbiasanya itu jika dia benar benar hendak melakukannya. Jika dia kembali keperilaku asalnya perkhawinannya akan terancam dan lambat laun suaminya akan melarikan diri kerana tidak tahan dengan ‘penderaan’ ynag dialami suami.

Pernah seorang isteri berjumpa saya untuk mejelaskan masalah kuat seks yang dialaminya.Dia mula mengenal seks ketika dibangku sekolah lagi dan ketika itu dia melakukan hubungan seks dengan sepupunya dan kemudian dengan kawan sedarjah. Dia mengandung ketika umur 16 tahun dan dia dikahwinkan oleh keluarganya dengan pendatang asing yang menghamilkannya.

Dia pernah melakukan persetubuhan dengan beberapa pendatang asing yanng tinggal sekongsi dengan suami dengan pengetahuan suami. Apabila dia rasa naik syahwat dia tidak sedar dengan berapa lelaki dia bersetubuh. Masa dia berjumpa saya dia telah berpisah dengan suami dan ketika itu telah kembali kerumah emaknya.

Dia berjumpa saya untuk mendapat bimbingan tentang cara untuk beronani untuk memuaskan perasaan rangsangan syahwatnya yang biasa mendadak apabila haidnya sudah kering. Ketika itu emaknya ada menempah seorang ustazah untuk memberi pendidikan agama.

Saya hanya dapat memberi kauseling sekali sahaja dan dia tidak kembali untuk bimbingan susulan. Ketika itu saya tidak lagi memberi bimbingan pakar di Yayasan Pembangunan Keluarga apabila Program Bimbingan Pakar ditamatkan pada 2001.