Khamis, 5 Jun 2008

Belum lagi bersetubuh boleh mengandung!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Pelik tapi benar! Tahukah anda bahawa terdapat keadaan yang mana wanita yang jahil tentang seks boleh hamil walaupun zakar belum lagi dapat menembusi faraj. Ini sebenarnya boleh berlaku kerana air mani yang terkeluar ketika pasangan terangsang (semasa cuba untuk memasukkan ereksi kedalam faraj) dan air mani yang meleleh keluar memasuki faraj melalui pembukaan faraj. Walhal wanita itu masih dara!

Ketika hamil mungkin hubungan kelamin terhenti seketika dan selepas bersalin perkara yang sama berlaku kembali, wanita itu masih tidak dapat menyesuaikan diri untuk bersetubuh dengan pasangannya! Hubungan mereka akan menjadi hambar dan boleh mengugat rumahtangga. Dalam hal ini, maka tidak hairanlah jika suaminya meminta perpisahan apabila jelas yang dia tidak dapat menyesuaikan dirinya untuk melakukan persetubuhan kerana kejahilan tentang seks.

Bagi masalah sebegini, saya pernah mengendalikan beberapa kes yang mana antara satunya melibatkan pasangan yang baru berkhawin. Mereka berjumpa saya adalah untuk meminta menyelesaikan masalah kegagalan untuk melakukan persetubuhan.

Ketika itu, si isteri lewat datang haid dan ujian kehamilan positif walaupun wanita itu belum sempat melakukan hubungan penetratif. Mereka agak keliru bagaimana perkara ini boleh berlaku. Selepas mereka menjelaskan cara hubungan intim yang mereka lakukan barulah saya dapat jelaskan tentang bagaimana isteri boleh mengandung walaupun belum berlaku hubungan seksual penetratif.

Si suami biasa mengakhirkan adegan sentuhan intim kepada isterinya dengan memancut airmani dibahagian kelengkang isteri dan air mani itu dibiarkan meleleh. Ini yang mengakibatkan isteri mengandung apabila lelehan air mani berdekatan pembukaan faraj dan bercampur dengan air mazi wanita itu dan dengan kuasa Tuhan kehamilan berlaku!

Wanita tersebut selamat melahirkan anak lelaki dan telah dapat melakukan hubungan seksual penetratif dengan suami selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar tentang bagaimana hendak mengawal dan membuka faraj untuk memudahkan kemasukkan zakar kedalam faraj. Antara cara yang dipraktikkan ialah mengunakan zakar palsu untuk melatih faraj menerima zakar!