Khamis, 5 Jun 2008

Kes Zakar Gagal Menembusi Faraj Kerana Terdapat Penghalang!

BERSAMA DR.MOHD ISMAIL TAMBI
Artikel Original - tidak disunting!

Ini pula kisah satu pasangan yang telah berkahwin, tetapi semasa hendak melakukan persetubuhan si suami gagal menembusi faraj walaupun isteri telah memposisikan zakar keparas faraj dan melegakan kemutan. Isteri dapat rasa sesuatu yang menghalang kemasukkan zakar kerana dia dapat rasa seolah olah terdapat isi dalam ruang faraj! Jadi suami menjadi hampa dan kedua dua pasangan akan menghabiskan sentuhan intim diluar faraj!

Masalah timbul apabila isteri gagal untuk hamil dan terpaksa berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Ketika itu, barulah punca sebenarnya diketahui apabila doktor menjalankan pemeriksaan terhadap wanita itu. Penghalang yang dimaksudkan itu ialah cista dari faraj atau pangkal rahim yang panjang! Apabila cista itu dibedah buang atau pangkal rahim yang panjang itu dipendekkan, masalah penghalang akan selesai dan kehamilan boleh berlaku.

Untuk pengetahuan, saya kerap mengendalikan kes yang seperti ini. Ramai pasangan telah berjumpa saya untuk meminta memulihkan masalah kesuburan mereka. Dan ketika pemeriksaan rutin (ujian pap smear) dilakukan oleh jururawat, saya telah dipanggil untuk melihat kemaluan wanita itu yang mana kelihatan pangkal rahim yang agak panjang sehingga kelihatan dimuka pintu faraj. Wanita itu sememangnya sudah ttiada selaput dara lagi, tetapi dia mengalami masalah untuk melakukan persetubuhan dan suaminya kerap memberitahu ada sesuatu yang menghalang kemasukkan zakar!

Pembedahan untuk mengecilkan pangkal rahim terpaksa dilakukan dan kaedah ini sekaligus dapat memulihkan keadaan. Hasilnya, mereka dapat melakukan persetubuhan tanpa apa-apa halangan dan si isteri akhirnya hamil beberapa bulan selepas itu!