Rabu, 4 Jun 2008

Sindrom zakar kecil

DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby

TIADA lelaki yang puas dengan saiz anggota sulit mereka. Jika perkara ini menjadi obses, mereka dianggap mengalami sindrom zakar kecil. Ini tidak bermakna zakar mereka kecil, ia hanya perasaan semata-mata.

Bagi mereka, apa-apa rawatan atau kaedah untuk membesarkan anggota sulit, mereka tidak puas dengan hasilnya. Kadangkala sindrom zakar kecil ini dipendam sesetengah lelaki dan satu ketika kemudian mereka mendapatkan rawatan secara senyap tanpa merujuk kepada pasangan.

Selepas itu, mereka kecewa apabila rawatan yang dijalani memberi kesan negatif kepada anggota sulit mereka. Ada kes lelaki menjalani suntikan silikon atau suntikan minyak cendana ke isi kulit zakar sehingga keseluruhan zakar dan kerandut bengkak dan mengeras.

Ada yang menggunakan pam vakum yang dibeli secara diam-diam dan menggunakannya sehingga kulit melecet, lebam dan memanjang sehingga terpaksa berkhatan sekali lagi!

Mengikut kajian terkini, saiz anggota sulit lelaki Asia dalam keadaan tidak menegang ialah antara lima hingga 10 sentimeter (sm) dengan ukur lilit tidak menegang antara lima hingga 10 sm. Namun ketika erek atau tegang dan kemut, ukur panjang antara 10 hingga 15 sm dan ukur lilit antara sembilan hingga 14 sm.

Kira-kira 10 peratus daripada zakar berukuran kurang atau lebih daripada itu. Gambar zakar yang ditayang di Internet memang betul, tapi tidak semua lelaki memiliki saiz sebegitu. Jika ada, mungkin pasangan wanita akan lari.

Mengenai faraj wanita Asia pula, saiz panjang antara enam hingga 10 sm dan luas 1sm. Bagaimanapun, faraj wanita berkemampuan mengembang dan meluas antara tiga hingga empat kali ganda dan ini dalam kawalan wanita itu.

Jadi, tidak hairan jika bola sebesar bola ragbi dapat disumbatkan ke dalam faraj dengan senang jika itu yang dikehendaki wanita itu.

Kajian unjuran antarabangsa yang dijalankan kepada wanita melaporkan, 85 peratus wanita menganggap saiz zakar tidak mustahak asalkan pasangan dapat memainkan peranan.

Perkara kedua yang menghantui lelaki apabila hendak berpasangan ialah soal daya tahanan ketika bersama pasangan. Cepat klimaks banyak kali dipertikaikan dan tidak hairan jika banyak lelaki inginkan tip untuk tahan lama.

Soal tahan lama, perkara itu relatif. Apa yang lama untuk anda mungkin dianggarkan cepat untuk pasangan atau sebaliknya. Apabila anda dan pasangan mula mengenali kemampuan masing-masing, keadaan menjadi lebih selesa, kecuali memang anda benar-benar cepat klimaks.

Secara am, jika anda dapat bertahan lebih kurang dua minit, itu sudah cukup walaupun hubungan seksual itu lebih dari itu, jika diambil kira aktiviti pemanasan atau ‘foreplay’.

Mungkin dengan cara tusukan, memang mudah pancut awal kerana tekanan penghujung zakar kepada pembukaan faraj. Jika gerakkan dilakukan di pangkal dengan ereksi dalam faraj, ia dapat bertahan lebih lama dan apabila hendak klimaks, baru lakukan tusukan.

Jangan khuatir sangat mengenainya, yang mustahak ialah kasih sayang dan kemesraan dan keterbukaan untuk membincang bersama jika ada masalah serta keterbukaan untuk mendapat rawatan moden dengan ubat doktor, bukan mendapat rawatan dari segala ‘pak karut’ dan beli ubat di kaki lima.