Jumaat, 13 Ogos 2010

PERSEDIAAN KEMATIAN

Apabila sah matinya
1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :
Hendaklah kita ucapkan :
2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
3. Rapatkan kedua belah matanya.
4. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
5. Rapatkan mulutnya.
6. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
7. Luruskan kakinya.
8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
9. Letakkan di tempat yang tinggi.
10. Hadapkan ke Qiblat.

Mengurus Jenazah
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.




Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.

Orang yang berhak menguruskan Jenazah
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya
1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.

Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.

3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
5. Urusan menggali kubur.
6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
8. Ucapan takziah.

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah
1. Sifat berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah
1. Sediakan tempat mandi.
2. Sabun mandi.
3. Air daun bidara.
4. Air bersih.
5. Sugi - 7 batang.
6. Sarung tangan - 3 atau 5.
7. Sedikit kapas.
8. Air kapur barus.
9. Baldi serta gayong.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa
2. Gunting
3. Kapas
4. Cendana
5. Kapur barus
6. Air mawar
7. Minyak wangi (Minyak Attar)
8. Tikar jerami
9. Bantal (dari daun pandan)
10. Tempat mandi yang khas.

Cara memandikan Jenazah
1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
4. Sediakan air sabun.
5. Sediakan air kapur barus.
6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
14. Siram sebelah kanan 3 kali.
15. Siram sebelah kiri 3 kali.
16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20. Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula
dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya.
Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
21. Siram dengan air sembilan.
22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.


Cara-cara mengkafankan jenazah

Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.
Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.
Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.
Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.

Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.