Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan
atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah
S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda
nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu
menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku
sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun
tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh
orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan
hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging
saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan
daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa
yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun
pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya
layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa
itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada
mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada
zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia
bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan
diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang
diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu
Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan,
maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan
dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan
mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang
sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan
itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda
Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan
lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!
Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah
kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa
yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan
mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya,
meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis
riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada
hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan
sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud erbuatan
mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu
kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan
musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan
kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat
seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan
kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka,
dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku
tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua
itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau
tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang
yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada
orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah
dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan
betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu
perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri
daripada mengumpat.