Gangguan bipolar ialah penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi.
Seseorang yang mengalami gangguan ini mengalami perubahan ragam atau mood daripada perasaan terlalu ghairah (mania) kepada terlalu resah (kemurungan).“Gangguan bipolar amat membebankan pesakit dan keluarga mereka dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, jangka hayat lebih pendek, pengasingan sosial dan kualiti hidup kurang baik,” kata Presiden PPM, Profesor Dr. Maniam Thambu.
Malah, di negara-negara maju sekalipun, pesakit bipolar sering diberikan diagnosis awal yang salah kerana doktor mereka kurang memahami gejala yang dialami.Jika tidak dirawat, gangguan bipolar mendatangkan masalah besar kepada pesakit kerana menganggu fungsi kehidupan harian termasuk dalam pekerjaan. Ia juga mengundang pandangan serong masyarakat terhadap seseorang yang mengalami sebarang gangguan mental.
Namun, situasi ini boleh diubah dan berdasarkan laporan Majlis Penasihat Kesihatan Mental Amerika Syarikat, kadar kejayaan rawatan bagi gangguan bipolar agak cemerlang iaitu 80 peratus.Malah, dengan rawatan yang sewajarnya, pesakit bipolar boleh mendapatkan kembali kira-kira tujuh tahun kehidupannya, menjalankan kegiatan utama dengan berkesan selama sepuluh tahun dan mengekalkan kesihatan normal selama sembilan tahun yang selalunya hilang akibat penyakit tersebut.
Orang ramai seharusnya lebih peka dalam menangani masalah kesihatan mereka termasuk sering membaca informasi berkaitan penyakit tersebut supaya langkah rawatan awal boleh dilakukan.Jika penyakit tidak dapat dikawal sepenuhnya, kemungkinan pesakit mengalami kelakuan yang tidak dapat dikawal (contohnya, berbelanja berlebihan, memandu secara berbahaya) dan kelakuan agresif (contohnya, menyerang orang lain dan mencederakan diri sendiri) adalah lebih tinggi.
Jadi, sebelum suatu krisis berlaku, senaraikan tanda-tanda awal bagi membantu orang lain mengenalpasti apabila anda perlukan bantuan.SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT BIPOLAR
- Mood terlampau tinggi. Contohnya, terlampau gembira.- Cuma memerlukan masa tidur yang pendek.
- Cepat marah.- Lebih aktif daripada biasa.
- Bercakap dengan kuat dan cepat.- Fikiran yang berserabut.
- Kesukaran memfokus.- Lemah pertimbangan
- Kemurungan- Murung dan sedih.
- Rendah harga diri.- Hilang minat terhadap perkara yang biasanya digemari.
- Tidak dapat tidur.- Hilang selera makan.
- Sentiasa letih.- Tidak dapat menumpukan perhatian.
- Lemah pertimbangan.- Berfikir tentang bunuh diri atau kematian.